Monday, March 8, 2010

berubahlah!


Sebenarnya dalam Islam perkara yang diharamkan oleh Allah itu adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan perkara yang dihalalkan.Jadi,sangat menghairankan bagi manusia yang waras fikirannya memilih untuk membuat perkara yang haram berbanding perkara yang halal.

Di Malaysia sendiri lebih kurang 1 juta penduduk dari 26 penduduk Malaysia adalah penagih dadah.Itu tidak termasuk lagi kesalahan jenayah yang lain.Bermacam-macam gaya hidup yang halal dan sihat terhampar di hadapan mata tetapi mengapa jalan yang kotor dan menyesakkan itu juga yang dipilih?

Salah siapa?syaitan?sejak awal lagi syaitan itu memanglah tugasnya menyesatkan umat manusia.Tetapi tidak mampukah manusia yang waras ini menghindari godaan pemusnah itu?
Jika tidak mampu,maka tidak wujudlah golongan yang baik dan beramal soleh.Padahal mereka sebenarnya adalah golongan yang paling banyak ditimpa ujian berbanding orang lain.Mengapa wujudnya golongan yang mampu dan sebahagian yang lain terus patuh patuh pada kesesatan dan 'mulia' dalam kejahilan?

Manusia perlu sedar yang mereka sentiasa diberi peluang untuk membuat perubahan.Terpulang berubah daripada kejahatan kepada kebaikan mahupun berubah daripada kebaikan kepada kejahatan.Tetapi,manusia yang sedar dan waras pasti memilih untuk berubah kepada yang lebih baik bukan?

Betulkah manusia itu sentiasa diberi peluang untuk berubah?jawapannya ya!salah satu buktinya adalah munculnya esok selepas hari ini.Sedar atau tidak kita diberi nafas baru setiap hari,dalam erti kata lain kita dilahirkan sebagai manusia baru setiap hari.Terpulanglah kepada individu itu untuk terus memilih jalan kotor seperti semalam atau hidup bahagia dengan jalan yang benar di hadapan.

Anggaplah membuat pilihan dalam hidup seperti memilih neraka atau syurga,dosa atau pahala.Jika tersalah pilihan,hidup akan terus tersasar dari landasannya.Jika benar pilihan itu,maka berbahagialah dia mengecapi kebahagiaan dan kenikmatan dunia dan akhirat yang tiada taranya ini.

Fitrah manusia itu sentiasa mahukan kebaikan dan kebahagiaan.Hatinya tidak pernah sesekali menginginkan yang salah-salah apatah lagi kehinaan,jika tersalah langkah dan memilih kebinasaan,sebenarnya dia telah mengecewakan hati dan menghancurkan masa depannya.

tetapi,keegoaannya berkata;

'Aku bahagia dengan cara aku dan aku tetap gembira dengan jalan yang aku pilih ini'
Hakikatnya,jauh di sudut hati,rasa kekesalan dan kesunyian melebihi segalanya.Tetapi apakan daya kaki masih berat untuk melangkah ke arah kebenaran lantaran keegoaan meninggi mengalahkan rasa taubat itu.
Janganlah kita kesal jika kita tidak lagi diberi peluang untuk berubah sedangkan peluang yang diberi dahulu kita sia-siakan.

Allah berfirman mafhumnya;
tidak berubahlah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka tidak berusaha mengubahnya nasibnya sendiri.
wallahualam

No comments:

Post a Comment