Wednesday, May 26, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah..

usaha kami menapak ke karak yang tinggi dan berbukit-bukit tu hari ni nampaknya membuahkan hasil..visa yang tertangguh hampir sekian lama tu dapat jugak hari ni..jadi kami pulang dengan senyuman yang tak lekang di bibir...hingga ke telinga!:D

terharu..

gembira..

terbayangkan plan aku dan rakan2 menjejakkan kaki ke mesir dan turki..

wahhh!

tak sabar rasanye:)

tq mak cik polis atas kerjasama..

::sakit jugak kene ketuk ngan mkcik polis td sbb kaki die tersadung kat kaki ak..ade ak plk yg kene..hish:(






Tuesday, May 25, 2010

we back!


salam..bertemu kembali setelah lame kami bepergian..hehe..sibuk melayan kertas-kertas nota yang tak sudah-sudah..sambil menunggu hari-hari exam yang hanya berbaki sehari..mohon doakan semoga kecemerlangan milik kami semua..khususnya untuk ahli bayt binafsha..adik-adik ku dan sahabat..semoga kejayaan milik kalian..ameen..

aku dan kawan-kawan baru je balik dari karak ni..nak menguruskan visa yang tertangguh hampir 6 bulan..so that means..kitorang mmg mcm pendatang tanpe permit dah ni..sumenye gara2 kerenah arab yang suke sangat2 menangguhkan kerja..patutnye blh siap bulan 1 kan..
tapi tertangguh sampai bulan 5 pulak..takpela..org kate di mane bumi dipijak di situ langit dijunjung..terpaksela faham kan dengan budaya kerja orang kat sini..

baru je 5 minit lepas..terganggu sekejap penulisan aku ni..di sebabkan housemate menjerit-jerit panggil name ak..ingatkan apla..rupenye..bekas student kat sini..yang juge menjadi kakak kesayangn kitorang..ajak webcam:)rupe kak saadah tadi masih tak berubah..dengan spec yang same..agaknye dah berusia 6 tahun kot spec tu..tapi mungkin power dah lain..hehe..

kak saadah kate td..die bakal melangsungkan perkahwinannye bulan 10 ni..hmm..gembira tapi kecewa gak kitorang sebab tak berkesempatan nak hadir majlis tu..sebab camnela ea..nak terbang dari jordan dalam bulan 10..fatrah muhadharah tu..takde cuti..takpela..salam rindu dan sayang dari kami untuk kak saadah..semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat:)kami doakan..insyaallah..

nun buat sahabat di syria sane..
selamat menempuh hari2 mendatang..
dengan poket yang hampir kosong..
semoge diperluas rezeki buatmu..
dan selamat kau di sana..
<3







Thursday, March 25, 2010

Bittaufiq wan Najah


Assalammualaikum..

beberapa hari berlalu tanpa post di sini..nah!di atas tu sebab utama..(*_*)
imtihan..exam..peperiksaan..test..ujian..
semuanya membawa satu makna..
yang cukup melelahkan kami..
tetapi hari-hari ini mesti ditempuh juga..
dengan penuh kesabaran..dan keyakinan yang tinggi..
semoga usaha-usaha kami membuahkan hasil..

bittaufiq wannajah semuanya..

chaiyok!!

(^_^)

Saturday, March 13, 2010

Feeling Down


Hidup tidak selalu gembira.. tetapi,sedih selalu datang bila gembira itu hadir..di tambah lagi dengan kepenatan melayan kebosanan rutin seharian yang hampir tidak berubah saban hari..'gembira'..letih..tertekan..(T_T)

tetapi harus di ingat..inilah warna kehidupan..pengalaman..yang bila diingat satu hari nanti..kita akan tersenyum sendirian..tidak akan berulang masa ini lagi..inilah dia..inilah satu-satunya..

hati ku pujuk kembali..

sabarla meniti hari ini..
jalanilah dengan penuh kesabaran..
semoga ada habuan di hari SANA..
jika kau benar-benar ikhlas..
kerana DIA..
_________________________________________________________________

~Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat,Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,Allah telah mengira setiap titis air matamu..Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa,Allah sentiasa menunggu taubatmu..Bila kau telah cuba segalanya tetapi masih tidak berhasil,Allah mengumpul segalanya untuk satu saat yang tidak terduga..

Wednesday, March 10, 2010

Bidadari


Dibibir malam sunyi
tergerak langkah membelahi sepi
destinasi tujuan pantas ditujui
tetikus digerakkan begitu rapi
kata laluan juga dipenuhkan dengan teliti
kini terpaparlah
sekian warkah cinta yang ku nanti-nanti
setiap tulisannya kutatapi
ku mengerti
ku memahami
jelas sinar cinta suci dihemburkan
setiap senyumanya menjadi kenangan
pertama kali bertatapan
hati ini mula tidak keruan
seperti wujudnya satu getaran
hati ini tidak lagi kekosongan
hilang sabar menanti hari yang mendebarkan
memastikan terantainya ikatan
indahnya saat-saat itu dapat dirasakan
apa yang pastinya
tidak pantas melalui hari-hari itu
tanpa adanya pengorbanan
kejujuran
keihklasan
bagi mengecapi gandaan kenikmatan
saban hari bebelan menjadi sarapan
bagi memastikan segalanya dalam kepastian
manusia yang bertopengkan syaitan
pantas sahaja mengambil kesempatan
doa perlindungan sentiasa kupanjatkan
pasrah
singkatan perkataan
ringkasan dalam sebutan
tetapi adalah satu kehebatan
bagi yang dapat merangkulnya dalam kehidupan

oh tuhan
kusematkan keazaman
menembusi impian
ingin memiliki si rupawan
rindu tidak bisa lagi terkata
panahan matanya membuatkan ku terpana
pipinya jua menjadi mainan kata
melihatnya gembira tertawa
hatiku begitu terpesona
malam ini menjadi saksinya
sang perigi menerima timbanya

Tuesday, March 9, 2010

Happy Birthday!

Birthday adik saya akan muncul dalam bulan depan..saya tak ingat tarikhnya..argh!!kakak yang teruk..hee..tapi diharapkan adikku itu sentiasa menjalani hidupnya dengan cemerlang..dan penuh rasa syukur..

Pada saya hidup itu satu rahmat dan satu anugerah..bukan semua makhluk Allah yang dilahirkan, dapat hidup seperti kita sampai sekarang..ada yang sudah berjaya menghirup nafas dunia,tetapi diambil balik nyawanya kembali oleh Allah dengan masa yang cukup singkat..maka,sangat teruklah bagi orang yang berpeluang hidup itu tidak mahu bersyukur..

Pada hari jadi saya yang ke 20 disember lalu,ucapan hari jadi itu diucapkan kepada ibu tercinta terlebih dahulu sebelum saya sendiri berasa layak untuk menerima ucapan daripada orang lain..ibu mengandungkan..ibu melahirkan..ibu menjaga dengan penuh rasa ikhlas dan kasih-sayang..penat lelah itu tidak pernah diungkit-ungkit..jadi saya merasakan, rasa syukur atas kelahiran itu selayaknya untuk beliau..dan of course,kesyukuran ke hadrat ilahi jangan sesekali dilupakan..

so,
Terima kasih Ya Allah menguatkan ibuku menahan kesakitan melahirkan imran selama 14 jam(*_*)

Happy birthday to Muhammad Nor Imran,
kakakmu amat menyayangimu~(^_^)

Monday, March 8, 2010

berubahlah!


Sebenarnya dalam Islam perkara yang diharamkan oleh Allah itu adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan perkara yang dihalalkan.Jadi,sangat menghairankan bagi manusia yang waras fikirannya memilih untuk membuat perkara yang haram berbanding perkara yang halal.

Di Malaysia sendiri lebih kurang 1 juta penduduk dari 26 penduduk Malaysia adalah penagih dadah.Itu tidak termasuk lagi kesalahan jenayah yang lain.Bermacam-macam gaya hidup yang halal dan sihat terhampar di hadapan mata tetapi mengapa jalan yang kotor dan menyesakkan itu juga yang dipilih?

Salah siapa?syaitan?sejak awal lagi syaitan itu memanglah tugasnya menyesatkan umat manusia.Tetapi tidak mampukah manusia yang waras ini menghindari godaan pemusnah itu?
Jika tidak mampu,maka tidak wujudlah golongan yang baik dan beramal soleh.Padahal mereka sebenarnya adalah golongan yang paling banyak ditimpa ujian berbanding orang lain.Mengapa wujudnya golongan yang mampu dan sebahagian yang lain terus patuh patuh pada kesesatan dan 'mulia' dalam kejahilan?

Manusia perlu sedar yang mereka sentiasa diberi peluang untuk membuat perubahan.Terpulang berubah daripada kejahatan kepada kebaikan mahupun berubah daripada kebaikan kepada kejahatan.Tetapi,manusia yang sedar dan waras pasti memilih untuk berubah kepada yang lebih baik bukan?

Betulkah manusia itu sentiasa diberi peluang untuk berubah?jawapannya ya!salah satu buktinya adalah munculnya esok selepas hari ini.Sedar atau tidak kita diberi nafas baru setiap hari,dalam erti kata lain kita dilahirkan sebagai manusia baru setiap hari.Terpulanglah kepada individu itu untuk terus memilih jalan kotor seperti semalam atau hidup bahagia dengan jalan yang benar di hadapan.

Anggaplah membuat pilihan dalam hidup seperti memilih neraka atau syurga,dosa atau pahala.Jika tersalah pilihan,hidup akan terus tersasar dari landasannya.Jika benar pilihan itu,maka berbahagialah dia mengecapi kebahagiaan dan kenikmatan dunia dan akhirat yang tiada taranya ini.

Fitrah manusia itu sentiasa mahukan kebaikan dan kebahagiaan.Hatinya tidak pernah sesekali menginginkan yang salah-salah apatah lagi kehinaan,jika tersalah langkah dan memilih kebinasaan,sebenarnya dia telah mengecewakan hati dan menghancurkan masa depannya.

tetapi,keegoaannya berkata;

'Aku bahagia dengan cara aku dan aku tetap gembira dengan jalan yang aku pilih ini'
Hakikatnya,jauh di sudut hati,rasa kekesalan dan kesunyian melebihi segalanya.Tetapi apakan daya kaki masih berat untuk melangkah ke arah kebenaran lantaran keegoaan meninggi mengalahkan rasa taubat itu.
Janganlah kita kesal jika kita tidak lagi diberi peluang untuk berubah sedangkan peluang yang diberi dahulu kita sia-siakan.

Allah berfirman mafhumnya;
tidak berubahlah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka tidak berusaha mengubahnya nasibnya sendiri.
wallahualam