Hari ini sabtu,
6 mac 2010,Terasa perit sangat-sangat waktu peperiksaan sebegini
terkejar-kejar dengan macam-macam benda lain,
seolah-olah menjadi satu ujian dan godaan.
Ditambah pula dengan suasana yang langsung tidak menyokong malah menggurangkan semangat yang ada
Nak menelaah pelajaran semua jauh sekali,
semacam ala kadar je persiapan yang dibuat.
Sebenarnya lahir daripada rasa ketidak puas hati
tarikh peperiksaan diberitahu beberapa hari sebelum je.
Adalah jadi semacam tidak adil pula
sudahlah dicabar untuk memahami pelajaran dalam kelas
diuji pula dengan peperiksaan yang mengejut begini.
Dalam tidak sedar
hakikat mesti diterima
susah payah dalam menuntut ilmu,harus ditelan
ketabahan menjadi sandaran
demi menggondol sedetik kejayaan
Argh!...
1001 masaalah
ku pasti akan menjadi dan bertukar menjadi
1001 kenangan
satu masa nanti
kecekalan menjadi bekal dihati
Tahun baru
2010 telah merubah hidupku
dalam tidak sedar sudah hampir 21 tahun aku menumpang dibumi ini
waktu kedatanganku dahulu dapat kukira
waktu pemergian dapat diketahui selapas diriku ini tiada
Detik-detik sejarah dalam hidupku sentiasa terpahat
segala pahit manis
suka duka
riang gembira
apa yang telah dilalui banyak mengajar erti kehidupan.
Didalam benakku ini
seolah-olah meronta mahu masa dahulu dikembalikan
apa mungkin?
mana bisa...
suara hatiku menjawab semula
Dengan kesuntukkan waktu kususun semula percaturan hidup ini
apa yang perlu diperbaiki juga yang masih perlu diepelajari
kan terus kuselami
apakah ku harus bersendiri?
oh,tidak..
sya*..
peneman hidupku
kunobatkan puteri dihatiku
dalam kesamaran ku tercari-cari
telah muncullah sang bidadari
janji terus terpateri
sehidup semati.
kuhela nafas panjang,
mengapa waktu harus mencemburuiku
jarum jam ditangan kembali menghala ke arah 12
apakah itu pemisah malam dan siang?
ku harus berundur segera
berhenti seketika
daripada mencoretkan segalanya
semalam telahpun menjadi sejarah
hari ini adalah realiti
dan esok masih terus misteri